Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Monday, November 21, 2011

BERSALAMAN BERLAINAN GENDER ADALAH MAKSIAT.

ASSALAMU`ALAIKUM~

Pada zaman sekarang, berjabat tangan ataupun bersalaman antara lelaki dengan perempuan yan bukan mahram hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi buruk perangai itu mengalahkan akhlak Islam yang sepatutnya ditegakkan.

Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang daripada mereka diajak berdialog tentang hukum syariat, serta-merta mereka akan menuduh kita sebagai orang yang kolot, ketinggalan zaman, kaku, sukar beradaptasi, ekstrim, memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik, dan sebagainya.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syarak, tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sungguh ditusuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana Rsulullah bersabda yang bermaksud: “ Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina, dan kemaluan pun berzina.”

Hendaknya, takutlah kepada Allah. Sama-samalah kita saling berdoa memohon agar Allah tetapkan hati dengan iman dan diampunkan segala dosa yang lalu.

Amin. :)

* sumber: majalah GEN-Q.

WALLAHUA`ALAM.

mesej: sama saja dengan isu ketika belajar mempertahankan diri.


Please, enjoy these songs! ^_^