Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Sunday, December 25, 2011

WAHAI, KAUM ADAM!!! KETAHUILAH!!!!!!

ASSALAMU`ALAIKUM.

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.

WAHAI, KAUM ADAM!!! KETAHUILAH!!!!!!
seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong, seorang muslimah yang tiada teman lelaki, janganlah kau kata dia tak laku, seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat, janganlah kau kata dia kolot, seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka, janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang.

► Tahukah kau wahai Adam,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?Ketahuilah, dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu.

Dia mahukan engkau, menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu.

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah.
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu.

Damaikanlah ombak di hatimu kerana ianya lumrah ujian,
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya, tekadkanlah janji di hati,
"Telah Kupilih JalanMu, dan aku sebenar-benar yakin, cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"♥♥♥♥♥♥♥♥ I ♥ الله ..


WALLAHUA`ALAM. :)

Friday, December 23, 2011

5 PERKARA YANG ELOK DISEBUT

ASSALAMU`ALAIKUM.

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

· Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

· Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat.

Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.



· Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana.

Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

· Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat.

Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

· Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.

Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

wallahua`alam... :D

Untuk Kawanku

ASSALAMU`ALAIKUM.

hmm, tadi Mas dah balik umah~ :'( huhuu mood sedih sikitlah malam ni.. tak dapat borak banyak sangat ngan dia sbb tak satu bilik utk short sem ni. tapi nasib baik sempat borak petang tadi. peluk dia erat2 bila betul2 nak berpisah.. yalah rindu~ :''( ohh sungguh touching!
moga Mas dapat result y cemerlang utk sem ni. ^___^

Teringat dulu masa satu dorm, Dla selalu borak2 ngan Mas. gelak sama2, kadang2 bertukar-tukar pendapat jugak. emm... sampai berjam-jam. haha

lepas ni, tak tahulah bila boleh jumpa dan berborak lagi..

takpe2.. insya-Allah, suatu hari nanti kita pasti berjumpa. mungkin di uia, gombak!!! horay!!! haha... ok lah... utk Mas, KITA BEST FRIEND FOREVER tau! :D

wallahu`alam.. :)

mesej; rindu Mas SELALU!!!!!

Thursday, December 22, 2011

I've been proposed

ASSALAMU`ALAIKUM.

yeah! ini kisah seorang kawan di campus uia, nilai.
hebat betullah dia ni..
marilah kita mengambil manfaat dari video ini..

wallahua`alam~
sesungguhnya inilah bukti jodoh dan cinta merupakan ketentuan ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

mesej; hei, kalau terkena kat batang hidung sendiri macam manalah agaknya, ya??? ;)

Wednesday, December 21, 2011

7 cinta...cintamu..cintaku

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom.

  1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. So, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING

Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi 'guru', seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.


3. CINTA MENGGODA

Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.


4. CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…


5. CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah 'terikat' atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, 'terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.


6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!


7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Baiklah, apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..wassalam.

wallaua`alam. :)

Tuesday, December 20, 2011

5 DON'TS

Peace be upon you. :)

hei, you're must know what five DON'TS when you are sleeping.


1- DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of
radioactivity. Though small, but if you
wear your watch to bed for a long
time, it might have adverse effects on
your health.

2- DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered
those that wear bras for more than 12
hours have a higher risk of getting
breast cancer. So go to bed without it.


3- DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or
anywhere near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as
alarm clocks, but please
put the phone as far as possible.
Scientists have proved that electrical
items including mobile phone and
television sets emit magnetic waves when
used. These waves can cause
disruptions to our nervous system.
Therefore if you need to put your mobile
phone near you, switch it off first.

4- DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might
have skin problems in the long run.
Sleeping with make up will cause the
skin to have difficulty in breathing and
problem in perspiring You will also need
a much longer time to go into deep sleep.


5- DON'T SLEEP WITH OTHER PEOPLE'S WIFE
You may never wake up again

onlu Allah who knows everythings. :D

Nombor lahirmu ialah ?

Assalamu`alaikum.

JoOm, kenali nombor lahir anda!!!

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu
dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie
Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica
Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.

- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yangtersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal
Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka
akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,
Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

wallahu`alam..

Friday, December 9, 2011

iammukminahPRODUCTION berwajah baru!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

HAI3x!!! apa khabar?! wah, dah lama Dla tak menulis! teruja pula rasanya bila masih dapat menghasilkan idea2 yang baru untuk tatapan pembaca dan pengikut iammukminahPRODUCTION. *walaupun tak ramai -,- hahaha

seperti yang korang tahu, Dla ni sebenarnya busy sangat. sampai takde masa untuk mengepos entri baru. tapi insya-Allah selepas iammukminahPRODUCTION berwajah baru nih! Dla akan sentiasa meng-up-date the newest story for you all. ^__^


wallahua`alam~ :D

mesej; rindu kamu sayang kamu. *__*

Please, enjoy these songs! ^_^