Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Wednesday, July 27, 2011

kelegaan sementara...

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAH~~~ selepas mid-sem exam, rasa lega sedikit. *sedikit saja tau! haha

sebab lepas tu, kena buat assignment. huuu... takpe la~ dah lumrah orang menuntut ilmu memang mesti sentiasa sibuk dengan jadual ilmiah.

hmm, sebenarnya ada sesuatu yang diceritakan di sini. tapi nanti dululah. Dla nak buat assignment dulu.. hehe *sempat lagi berblogging~

wallahua`alam...=)


Tuesday, July 19, 2011

Kelebihan Sya’ban

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

hebatnya ciptaan Allah~~~ bacalah kisah ini. =)

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah
laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di
permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu
Malaikat yang amat besar.Sayapnya di sebelah
kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri
sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam
berselawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka
malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut
dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas
sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya.Maka
akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh
malaikat tersebut.Sekiranya seratus kali umat
islam berselawat maka seratus kalilah malaikat
tadi akan turun dan naik kembali sambil
mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan
tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu
malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah
SWT akan keampunan dosa orang yang
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada
bulan Syaaban sampai hari Qiamat.Sekiranya
sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi
maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon
keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan
Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini
adalah bulan junjungan besar kita Nabi
Muhammad SAW.Semoga kita akan tergolong
bersama orang yang mendapat keampunan dan
rahmat Allah SWT.

Wallahua`alam...

Jangan, jangan dan jangan

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

saya bukan mahu mengarah ataupun mengancam, kerana saya sendiri pun ada kekurangannya tetapi dalam skop blog ini, saya ingin menyempatkan diri untuk mengingatkan insan2 di luar sana mengenai perkara yang Islam tegah, cegah dan larang dalam kehidupan seharian kita.

sesungguhnya kita ini selaku hamba yang sering lalai dan leka, biasanya pasti akan terlepas pandang dengan hal remeh-temeh yang sebenarnya sangat memberi impak besar kepada iman di hati kita. jadi beringatlah!!! segala larangan itu merupakan kebaikan yang menunjukkan bahawa ALLAH itu sangat menyayangi dan mengasihi hamba2-Nya tanpa mengira waktu.

mari, kita hayati bersama! =)

Jangan, jangan dan jangan


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal!!!

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walaupun
satu ayat."

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

wallahua`alam... ^__^

mesej: selamat beramal duhai insani =)

Saturday, July 16, 2011

Seandainya perempuan tahu,.....

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Seandainya perempuan tahu,.....

1- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan prihatin.

2- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9- Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11- Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

20- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

wallahu`alam... ^__^

mesej; nak cari lelaki idaman memanglah payah tapi kalau ada D.U.I.T, semua itu tak jadi masalah.

Apa itu D.U.I.T ???

D = DOA

U = USAHA

I = IKHTIYAR

T = TAWAKKAL

JADI, SELAMAT MEMAHAMI LELAKI~ hihi ^___^

Tujuan Islam

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Tujuan Agama Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa Islam itu mempunyai tujuan yang sangat banyak tapi memadailah diringkaskan di sini sekadar yang agak perlu sahaja.

Antara tujuannya ialah:

a. Memperbaiki kepercayaan kepada zat Allah Yang Maha Esa.

b. Memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap pencipta alam ini.

c. Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain daripada Allah SWT.

d. Menghapuskan penyembahan kepada berhala dan benda-benda.

e. Memberi petunjuk bagaimana cara mengabdikan diri kepada Allah.

f. Mengatur cara beribadat.

g. Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia.

h. Mengatur hukum-hukum keseksaan atau jenayah yang sesuai dengan manusia.

i. Menegakkan keadilan dan keturunan.

j. Mengatur hukum kekeluargaan dan keturunan.

k. Mempertinggikan akhlak manusia.

l. Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan.

WALLAHUA`ALAM... ^__^

Friday, July 15, 2011

نَجَّا سلطان نورالدين بن زنكي الجثة الرسول صلّى الله عليه وسلّم

.بسم الله الرحمن الرحيم

في عام 1164 م الموافق 557 ه، في العصر العباسي، رأى سلطان نور الدين بن زنكي في منامه تحديا لقبر النبي

واعترف سلطان بأنه رأى النبي في نومه، وهو يشير إلى رجلين، ذَوَي شعرٍ بنّيٍ، فقال -صلى الله عليه وسلم- : أُنْجُ جثتي من مكر الرجلين، فاستيقظ سلطان نور الدين متخيرةً. فقام وصلّى ركعتين قيام الليل فكمّل نومه. ولكن رؤيته لرسول الله –صلى الله عليه وسلم-. تزال تأتيه ثلاث مرات في تلك الليلة

في تلك الليلة أعدّ السلطان فورا حملة للسفر من دمشق إلى المدينة المنورة، والتي تستغرق 16 يوما، بركوب الخيل، وكان معه 20 حراسا والكثير من البضائع المنقولة عبر العشرات من الخيول، قادمة إلى المدينة المنورة، ولما وصل سلطان نور الدين المسجد صلّى السلطان في روضة، وزار قبر رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فوقف عنه متأملا

في اليوم التالي، وزّع سلطان نور الدين الهدايا لأهل المدينة المنورة، فأخبر السلطانَ وزيرُه بأن هناك رجلان لم يسلّما الهدايا من السلطان، وهما رجلان المغربيان، عُرف برجلين صالحين ودائمًا يصليان جماعةً في المسجد النبوي

فأمر سلطان نور الدين باستدعائهم. فتعجب السلطان لما قدم الرجلان، بأنهما الرجلين الذين رآهما في منامه. ثم، ذهب سلطان نور الدين ووزيره وحراسه إلى منزل رجلان المغربيان. ألهم الله السلطانَ لرفع حصيرًا على بلاط الغرفة. فوجد سلطان نور الدين لوحًا وتحته نفقًا طويلًا يؤدي إلى قبر رسول الله

يشعر سلطان نور الدين بن زنكي بالغضب، على ما وجده ويلزمهما لاعتراف على نيتهما السيئة على قبر رسول الله. وأخيرًا، اعترف رجلان على نيتهما للسرقة جثة الرسول –صلّى الله عليه وسلم-. وكان الرجلان تحت الأمر من ملك نصراني أوروبي. في الصباح غدٍ، أمر السلطان بإعدام الرجلين المغربيين، وأمر بحفر خندق حول قبر الرسول وملء الخندق بالقصدير

-والله أعلم-

Thursday, July 14, 2011

novel sekarang

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Siapa tahu tentang Novel Shahadah Gadis Aties???


emm, bagi sesiapa yang masih belum tahu dan tidak memilikinya lagi, silalah beli secepat yang boleh. sebab novel yang berunsurkan spritual islamic ini sangat memberi ilmu dan pengajaran yang sangat berkesan untuk setiap insan.

tambahan lagi, novel ini dapat membuka minda dan fikiran pembaca mengenai tujuan kita hidup di dunia berTUHANkan ALLAH YANG MAHA PENCIPTA.

"saya tidak mahu menyembah Tuhan yang saya tidak nampak!". itulah sebahagian persoalan yang diajukan oleh Rini kepada Nizam. berderau darah Nizam mendengar penyataan tersebut.

haaaa nak tahu sambungannya tak??? belilah novel ini!!!

seriusly!!! tak rugi membelinya.

Dla yakin segala persoalan pasti terjawab selepas mebaca novel ini.

wallahua`alam...

=D

Women are more at risk for exposure to crime than men

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...



In this era, we are often exposed by the media on a variety of criminal cases which usually involves the female being the victim majority. Crimes that usually are snatch thieve, murder, rape, abandoning babies and so forth. What are the reasons women are more exposed to being the victim of crime rather than men? In this situation, it is fair to say that women are physically too weak and because of what they usually wear.

First and foremost, the main factor women are more at risk of being a crime victim rather than men is because their energy is lesser than men. Basically, the physical body of women created by Allah is much smaller than men. When women are being attacked by a raper, it is easy for her to lose to that raper because the raper is much more aggressive and they tend to take advantage towards their victims. Because of that, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, The Ministry of Women, Families and Communities said according to the statistic from Police Head Office of Royal Malaysia in Bukit Aman statement about rape crime have 908 cases and 851 cases of desecrate for the period January until June 2004, she was inspired to establish a integrated approach with the combination effort from government and private sector and of course from family institutions as well. One of the integrated approach they bring is to encourage women of any ages to learn skills technique of defending themselves. Therefore, women can protect themselves from any harm.


Another reason why women are more at risk to crime than men is because of what they wear. Somewomen’s clothes which are overly exposed thus it can contribute the social sickness as clothing is viewed as a bait to attract men that could lead to the occurrences of pre-marital sex, rape, incest, and others. In this case parents should observe and advice their daughter who likes to wear clothes which are too sexy. In addition, women should be wearing clothes which covers their ’aurah’. According to observations by sociologists, psychologists and educators they agree that looking sexy may be one of the causes of rape incidents. Thus, what women wear can actually cause them to be more exposed to crimes.

In a conclusion, there are two reasons women are more exposed to danger of crimes compared to men which are being physically too weak and because of what they wear. In suggestion, responsibility from parents is important to make sure their daughter to wear clothes that cover their ‘aurah’ properly. Beside that, government should organized a campaign or programme to encourage women to learn skills that could help them to defend themselves. For example, silat and taekwando.



wallahua`alam... =)

Saturday, July 9, 2011

Story of al-Haqq and al-Batil

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

One day al-Batil walked along with al-Haqq. Al-Batil started the conversation by saying: “I am high headed than you”.

Al-Haqq replied : I am more firm – footed than you.
Al-Batil reacted : I am stronger than you.
Al-Haqq responded : I am more everlasting than you.
Al-Batil retaliated : With me all the powerful and wealthy people.

Al-Haqq reminded him with a Quranic Ayah from Surah Al-An’am: 123 ;-
“And thus we have set up in every town great ones of its wicked people to plot there in. But they plot not except against their own selves and they perceive (it) not”

Al-Batil furiously reacted : Ican kill you now!
Al-Haqq responded : But don’t forget my children will kill you later.

(Quoted from “This is what Life had Taught me” by Mustafa Siba`iy).

Sunday, July 3, 2011

wasiat daripada syeikh ahmad maeine

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

tugas Dla hanya ingin menyampaikan sahaja. moga kita yang membacanya mendapat iktibar dan manfaat. ^__^ Dla pon dapat ni daripada FB. hihi~~~

sesungguhnya KEBENARAN KISAH INI HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI.

kisah diteruskan dengan tuturan salam;
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

kemudian dimulakan dengan;
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine(Saudi Arabia).

pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman;-
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN Sheikh Ahmad agar kita sentiasa ;-
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.

UNTUK MAKLUMAN!!!
1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia timur.

4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6.di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7.Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.
Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.

InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN!!!
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.

insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
ToLonG SEBAR KAN KePaDa UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20salinan WASIAT NI KePaDa UMAT ISLAM..

WALLAHA`ALAM...

mesej; tak salah sebarkan perkara yang baik2~ =)

Please, enjoy these songs! ^_^