Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Monday, December 17, 2012

I am an Army now!!!

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

siapa tahu info tentang PALAPES atau ROTU?

PALAPES ialah singkatan daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. ROTU pula ialah singkatan dalam bahasa inggeris iaitu Reserve Officer Training Unit.

Tanggal 29 oktober 2012, dengan rasminya saya telah menjadi sebahagian daripada anggota Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarela Pegawai Simpanan yang bakal dilatih selama 3tahun dan bakal ditauliahkan oleh Agong, Duli Yang Maha Mulia sebagai Leftenan Muda.

Jadi, setiap hujung minggu, pada hari sabtu dan ahad, saya akan mengikuti latihan yang telah dijadualkan bertempat di Universiti Malaya.

Kekuatan fizikal dan mental sangat diperlukan kerana untuk menjadi seorang askar pelbagai dugaan dan ranjau yang perlu dihadapi seperti meredah hutan belantara, menyerang musuh, dan banyak lagi.

Saya menjadikan ini sebagai satu medium penting dalam kehidupan kerana di dalamnya terdapat banyak manfaat yang tidak pernah dijangka oleh akal dan fikiran. Sesungguhnya, semua ini takdir daripada Ilahi yang menggerakkan hati saya untuk menjadi sebagai pejuang negara tercinta.

Moga usaha saya memasuki PALAPES diberkati Ilahi. In syaa ALLAH... ^___^
Gambar kenangan selepas induksi

Monday, July 2, 2012

Keinsafan Diri Fursan


BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.. ^___^

Monday, March 12, 2012

TUGASKU URUSANKU

ASSALAMUALAIKUM.

BISMILLAH~

Alhamdulillah... diberi kesempatan untuk menulis pada hari ini. Dla memang dah lama sangat kot x menulis. entahlah sebab busy kot~ hehee

menjadi seorang naqibah kepada adik2 usrah seramai 13 orang adalah bukan suatu tugas yang mudah. sangat rumit bila difikirkan. tapi Dla yakin dan pasti Dla boleh lakukannya.

sungguh!!! menyampaikan dakwah Islam,
amanah dipikul di kanan dan kiri bahu adalah tanggungjawab setiap insan yang bergelar Muslim. semoga Allah sentiasa membantu dan merahmati tugas ini.

urusan hidup di dunia,
takkan pernah putus,
takkan pernah habis selagi hayat dikandung badan,
selagi nyawa tidak terputus dari jasad,
selagi Malaikat Izrail tidak datang mencabut roh di dalam badan,
semoga insan Muslim sedar dengan perlakuannya,
kerana sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.

wallahu`alam.. ^__^

selagi

Wednesday, January 4, 2012

sudah 20 tahun

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM~

Assalamu`alaikum. :)

wah! pejam celik, sekejap sahaja umur ni meningkat ke angka dua.

dah 20 tahun dah kau Dla? ish3x~ tak percayalah..

rasanya baru semalam, aku mengayuh basikal ke sekolah rendah pagi dan petang,
rasanya baru semalam, aku dihantar ke sekolah menengah berasrama penuh,
rasanya baru semalam, aku mengambil sijil berhenti sekolah yang amat kucinta,
dan rasanya baru semalam, mendaftarkan diri ke menara gading IIUM.

itulah kau Dla, kau ingat kau tu kecil lagi ke? sedarlah kau tu sudah besar. sudah meningkat dewasa. pemikiran dan tingkah laku mesti matang. jangan seperti kebudak-budakkan lagi. ingat itu!!!

hehe.. iye la~ :P

Jadi, jangan lupa matlamat diri, dan tujuan hidup. Moga kita tidak lalai dengan duniawi semata-mata.

wallahua`alam~ :)

Please, enjoy these songs! ^_^