Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Saturday, January 1, 2011

harapnya tak sunyi ='(

BISMILLAH...
ASSALAMU`ALAIKUM...TEMAN DKDKdS Dla yang amat Dla sayang.^_^

harap2 mak ngan abah tak rasa sunyi...='( ya lah petang tadi kak ija dah balik USIM.
esok Dla pula yang akan pulang ke hostel UIA. nasib baik kak ina ada kat rumah. boleh teman emak. walaupun dia kerja, pergi pagi balik senja. tapi sekurang-kurangnya boleh la teman dan tolong2 apa yang patut bila hujung minggu.

mak pula asyik cakap nanti tinggal bertiga je la mak, abah dengan kak ina. hmmm...diikuti dengan satu keluhan..

kalau sebelum ni, kak ina tinggal kat rumah sewa, jadi yang di rumah hanya mak dan abah je lah. tinggal berdua. rasa sunyi juga kat mak. tapi sekarang kak ina dah malas nak duduk rumah sewa. ada la sebabnya. malas la nak ungkit buat sakit hati je.
yang pasti, kak ina bolehlah tengok2kan mak dan abah kat rumah tu..

jadi Dla pun takde la risau sangat..

pasti mak dengan abah selalu merindui anak2nya!!! terkenang waktu kecil dulu. macam2 karenah~ sekarang dah besar, dah ada tugas masing2.. berjauhan? sudah tentu~
kasihan pada mak dan abah...

kadang2 bila Dla duduk sorang2 kat katil tu, lagi2 kat hostel, asyik teringatkan mak dengan abah je. sebak ada, sedih pun ada, rindu yang amat sangat pun ada. hmmm~ susah nak cakap.

sekarang tugas Dla adalah belajar rajin2, pandai2, dan jangan pernah hampakan mak dan abah. duit berjuta2 sekalipun, tak kan pernah mampu membalas jasa mak dengan abah.

terima kasih, mak abah. :')
SAYANG DAN CINTA dari Dla untuk MAK & ABAH SELALU...*_*

WALLAHUA`ALAM... jumpa kat hostel nanti ek..

nota: doakanlah ibubapa kita diganjarkan syurga Allah kerana hanya itu sahaja yang layak untuk membalas segala jasa mereka.. AMIIIN..

No comments:

Post a Comment

Please, enjoy these songs! ^_^