BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
ASSALAMU`ALAIKUM...
hahaha dah lama sangat blog ni tak berentri baru. maklumlah busy girl la katakan *toing!!! just a kidding.. =D
ok. berbalik pada tajuk di atas, 'HAYATI DAN NIKMATILAH RAMADHAN'. Dla bukan suka2 meletakkan tajuk tersebut tetapi sebenarnya ada cerita yang hendak dikongsikan bersama dengan kamu semua.
ramai umat Islam tidak sedar dan ada yang paling dahsyat tidak langsung mengambil peluang untuk menikmati Ramadhan yang berkunjung kini. mereka seolah-olah membiarkan kapal yang mempunyai banyak mutiara dan permata karam di lautan begitu sahaja.
hei!!! BANGKITLAH WAHAI UMAT ISLAM!!! janganlah kau tidur, leka, lalai, dan alpa dengan duniawi yang semakin tua ini.
tunaikanlah puasamu dengan penuh rasa kehambaan kepada ALLAH, RABBUL `IZZATI.
berbukalah dengan kesederhanaan, kerana itulah sunnah Rasulullah S.A.W yang tercinta. jangan pula membeli juadah sampai tak cukup tangan nak jinjing.
tunaikanlah solat sunat tarawihmu dengan penuh rasa nikmat kekhusyu'kan kerana tiada bulan lain selain Ramadhan yang tersisip tarawih di dalamnya. maka rugilah bagi mereka yang cuba meninggalkannya, kalau tak sengaja macam TERtidur tidak mengapalah tapi ini sengaja menidurkan diri, memang rugi besarlah nampaknya dan sekaligus tidak mendapat ganjaran bonus daripada Allah YANG MAHA PEMURAH.
rajin2kanlah membaca al-Quran al-Kareem kerana ialah yang akan menjadi pembela kita di akhirat kelak. jangan pula kita rajin membaca majalah hiburan, komik dan buku2 tak berunsurkan ilmiah. sesungguhnya orang2 yang malas itu adalah orang yang rugi.
jadi, marilah kita mengumpul sebanyak mungkin pahala di bulan yang mulia pada tahun ini. takut pula tak sempat nak berjumpa lagi di tahun akan datang.
SEMOGA RAMADHAN 1432H INI MENJADI YANG TERBAIK BERBANDING TAHUN2 YANG LEPAS.
wallahu`alam... =)
mesej: sudah hari ke-9 puasa, tapi masih belum pulang ke rumah untuk berpuasa, bersahur, dan berbuka dengan keluarga tersayang.