kali ni mungkin satu luahan perasaan daripada dla...
risau rasanya bila menegur orang untuk melakukan kebaikan tapi diri sendiri tak melaksanakannya dengan betul.
sedangkan dla sudah tahu bahawa Allah tak suka kepada orang yang ada ilmu tapi tak mengamalkannya. boleh dihukum dosa tu.
tu yang kadang2 bila dla buat sesuatu dla fikir dulu. tapi klu dah fikir pun tak dibuat, tak guna juga.
dla juga acapkali terkeliru dan teragak-agak untuk melaksanakan amar ma`aruf nahi munkar. mesti kamu tertanya-tanya kan, kenapa dla terkeliru dan teragak-agak untuk melaksanakan perkara yang penting itu?
jawapannya : dla takut dla akan jadi seorang yang 'cakap tak serupa bikin'.
masalah ni selalunya membelenggu apabila hendak menegur kawan2, adik-beradik, malah mak dan abah dla sendiri. ia tugas yang sangat berat bagi seorang yang masih belajar seperti dla ni.
dla bukannya taknak buat tetapi mungkin perlukan kekuatan yang lebih daripada-Nya. dla akan cuba sedaya upaya dla untuk melaksanakan amar ma`aruf nahi mungkar itu.
insya-Allah~
No comments:
Post a Comment