Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Friday, November 12, 2010

Banyak yang terjadi...

BISMILLAH...
ASSALAMUALAIKUM....=D

yeah! Dla nak buka cerita untuk hari jumaat 12/11/2010...

banyak perkara yang berlaku hari ni.

pagi2 lagi dah lambat pergi kelas English..hujan pula tu. tapi bukan Dla nak salahkan hujan. rahmat tuhan datang pagi2 memang bagus sangatlah tu.

walaupun ramai yang merungut takut kasut basahlah bagai. hmm.. macam2lah diorang tuh.

OKEY. kita teruskan lagi. yeah!!! hari ni, kelas arab takde. ustaz khatim ada appoyment katanya. seronok??? hehe biasa je sebenarnya... tapi seronok juga...
bukan selalu~ =P

memandangkan kelas arab takde, Dla cadang nak uruskan pendaftaran silat cekak hanafi malaysia. nak fotostet kad pengenalan. tapi..kedai masing2 belum buka. yelah belum pukul 10 lagi kan..

jadi Dla bersama Nik teruskan mencari kedai yang boleh memfotostetkan i/c kami ni..
emm, nasib baik ada satu kedai ni buka awal, kalau tidak berjanggutlah tunggu kedai2 yang lain tuh. kami fotostet di kedai waffle.. huh... selesai sudah..

dan kami terus menuju ke hadapan seminar hall untuk menghantar salinan fotostet itu berserta gambar.. yeah...
urusan kami selesai sudah... ALHAMDULILLAH... =D

Kemudian, Dla ke kelas fardu ain. kelas ke-4 untuk sem 2 ni. sebab sem lepas Dla cuma ada 3subjek je..

hmmm... okey!
petang tuuu... ada satu story gempak punya...

HAHA... Dla pergi DERMA DARAH~ dengan aini.

lepas tu isilah borang.. and then, kene tunggu sekejap untuk pemeriksaan darah.

aouchhh!!! SAKITLAH!!!!!!!!jari hantu kiri Dla diketip.. adOooOOOhhhh~~~ T-T sakit sangat!!! rasa macam nak menangis pun ada gak. nasib baik pak cik tu ajak borak2 sikit. dia kata Kampung Rancangan Tanah Belia tu kena tukar kepada Rancangan Tanah Orang Warga Emas. sebabnya dia kata umur bapak Dla dah tua.. maklumlah dah 62 tahun dah...

tapi Dla kenelah tahan sakit tu sebab ramai orang kat dalam dewan seminar ni.. masa tu aini sorang je yang nampak mata Dla dah bertakung tinggal nak menitis je... huuhuu T-T

okey, lepas check darah, Dla darah B..hehe.. pergi ke kaunter seterusnya untuk check tekanan darah.. ushh, Dla kan berdebar je.. so, masa check tu doktor kata tarik nafas perlahan-lahan kalau tak tekanannya tak setabil..

entah kenapa? masa tu "neverse" bukan main. dup dap dup dap dup dap dup dap !!!
okey, hasilnya Dla tiada tekanan darah tinggi ataupun rendah. tapi kesian kat aini,
dia ada tekanan darah tinggi, so tak boleh teruskan menderma darah... jadi Dla sorang jelah ni... uhhh, takutnya!!!

fuh!!! okey, dah sampai masanya. Dla disuruh baring di atas kerusi... pastu tak lama tuh, ada sorang mamat nih disuruh baring di sebelah kerusi Dla. eh, of course lah dia malu.. sebab nampak sangat dia teragak-agak nak baring kat kerusi tu. Dla tak pandang pun cuma nampak dari pandangan sisi je..

yeah~ tangan kanan menjadi sasaran pertama!!! AOUWWWHHH!!! SAKITLAHHHHH!!!!!
arghhh, jarum sebesar 0.15mm dicucuk dibahagian pergelangan siku Dla... sakitnya, hanya ALLAH YANG TAHU... huh... tak putus2 Dla menyebut nama ALLAH di dalam hati. minta dikuatkan semangat diri..

tiba2 doktor tu kata, " alaaa, dik... darah taknak keluarlah..." kemudian Dla tanya "kenapa???!!!" musykilnya doktor ni...

dia jawab "salur darah sempit, lagipun dah membengkak ni..." YA ALLAH masa tu tak tahulah nak cakap apa.. terkejut yang amat ada, kecewa ada, rasa nak menangis puas2 pun ada! dahlah sakit. YA ALLAH, INI UJIAN UNTUKKU JADI KAU KUATKANLAH AKU.. masa tu Dla rasa gak mungkin ini balasan Dla untuk dosa2 Dla kot... sabarrr je lah.

okey disambungkan cerita, doktor tu berkata, " kita guna tangan lain boleh tak???"
Dla dalam hati cakap r. mana ada tangan lain selain tangan kiri aku ni. ishh, doktor ni.. apa2lah!! tak apa, ALLAH ada...

kemudian Dla terus menjawab, "insya-ALLAH!" jawapan yang terbaek untuk meneruskan urusan yang tidak pasti lagi...

Dla bertukar kerusi. kali ni untuk tangan kiri Dla. dan untuk kali ke-2 ini, doktor yang tadi uruskan Dla meminta bantuan daripada doktor lain. doktor tu mencari-cari urat untuk dijadikan saluran pendarahan.

yeah! jumpa juga! tapi diorang kata sekejap ada, sekejap takde. eh, macam biskut pula... macam2 lah diorang tuh..

AUOWWW!!! SEKALI LAGI, jarum dicucuk. sakitlah!!!
dan Dla harap sangat kali ni berjaya...

dan akhirnya...... ALHAMDULILLAH... ( ^_^ ) BERJAYA JUGA...
SYUKUR SANGAT3x

okeylah... itu je.. untuk "banyak yang terjadi"

wallahua`alam.. dan assalamualaikum.. =D

No comments:

Post a Comment

Please, enjoy these songs! ^_^