AKU berAZAM untuk lebih berMOTIVASI, berFIKIRAN TERBUKA dan lebih MATANG agar aku sentiasa berSEDIA mengHADAPI segala KEMUNGKINAN yang bakal menDATANG dalam KEHIDUPAN yang penuh PANCAROBA ini...insya-Allah...^_^ YA ALLAH, HANYA PADAMU KUPINTA PERTOLONGAN dan HANYA PADA-MU jugalah AKU BERSERAH. AMiN~
Ingatlah~~~
mulakan dengan _____
jom solat =D
ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?
- ADILAH MAT SAPAR
- Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
- Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^
Thursday, March 31, 2011
Feelhoney - Kisah Cinta ( Akustika )
Wednesday, March 30, 2011
wanita pilihan...
BISMILLAHIR RAHMAIR RAHIM...
ASSALAMU`ALAIKUM..^___^
Khas buat yang bergelar muslimah, mukminah solehah. ^__^
"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."
Apa ertinya? ok, mari kita teliti satu persatu;
*Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
*Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
*Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersonakan.
*Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah (ini kena cari nih), subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat yang ke 31:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"
cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wanita kerana senyuman,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi..
bingkisan ini buat diriku dan teman2 :)
wallahua`alam... ^__^
semoga kita menjadi insan yang sentiasa di dalam redha ALLAH SUBHANAHU WA TA`ALA. AMIIIN~~~ ^_^

Thursday, March 24, 2011
Adam & Bad Boys - Sayang Ku Janji
nak bercerita
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
ASSALAMU`ALAIKUM... ^__^
Waaaahhh~ lamenya tak bercerita.
hurmm.. sebenarnya, Dla tengah memerah otak nih. untuk blog kesayangan Dla ni lah.
memandangkan untuk short sem ni Dla hanya mengambil 3 subjek je untuk Maharat yakni listening(al-istima'), writing(al=kitabah) dan speaking(al-kalam), so, waktu untuk berehat lebih tu adalah sikit. Alhamdulillah~
ramai juga yang tanya Dla. "weh, macam mana kau boleh exemted reading(al-qiroah), ek???" dan ada juga yang buat tanggapan sendiri, "waaahhh, terrer r kau, exemted reading!"
yah! memang tak sangka pun exemted reading. yalah, bila diingat-ingatkan balik, time tengah jawab soalan tu. perghhh!!!!! sepatah haram pun tak faham! tention ada, fed up pun ada, memang masa tu dah give up tahap melampau r~ tengkorak kepala plak masa tu terasa macam ada batu sebesar atok gajah menghempap. memang dahsyat gilerrr r..
TAPI tiba2....... Dla teringat mak ngan abah. mak ngan abah selalu pesan, "belajar elok2, sungguh2, rajin2. mak ngan abah doakan je nih. tapi kalau Adik tak usaha betul2, tak berguna juga." hmm itulah yang Dla ingat disaat2 ke'give up'an yang semakin terasa. yalah! cuba korang bayangkan, dah lah tak faham apa pun. kalau setakat huruf jar tu bolehlah~
tapi disebabkan semangat nak melawan hasutan syaitan tu kuat, Dla teruskan jugak. yalah, dah kata imtihan tu ibarat fisabilillah, berperang dijalan Allah. so, mestilah kena bertahan walaupun nafsu dah kata "sudahlah tu..dah tak boleh jawab dah tuh! pergi jelah hantar kertas tuu, tak payah jawab pun takpe.. nanti senang2 kau ambik je empat2. bukannya susahpun."
ish3x~ teruknyalah syaitan kalau bab menggoda manusia ni.. dengan semangat yang masih lagi berbaki, Dla teruskan menjawab soalan yang teramatlah susah tu dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. genggaman jari-jemari digenggam erat, tanda semangat ingin melawan nafsu semakin berkobar-kobar(siap ketuk2 meja lagi). actually, bengang sangat sebab soalan tu susah sangatlah!!! (takde lagi susah ke??? Dla berbisik sendiri.
huuu.... JIHAD3X!!!! CAIYOK DLA!!! KAU BOLEH!!! lepas dah jerit macam tu, Dla pakai jawab je setiap soalan yang ada. bukan main menggigil nak menjawab tu... perghhhh!!!! susah2x~~~
kemudian, selepas 1jam 50minit, Dla bertukar kertas soalan reading dengan writing. huh...ponat eden nih! sabor je lah~
oleh kerana writing Dla tak exemted, Dla tak nak citer. ahahahaha...
okeylah~ dah banyak sangat membebel nih. keh3x.
adiOsss~
wallahu`alam..^__^
mesej; Dla berpegang kepada satu kata2 pepatah arab yakni; man jadda wajada, waman zaro`a hasoda. semoga mendapat iktibar daripada cerita Dla ni.. hehe ^___^

Saturday, March 19, 2011
sesungguhnya aku benar2 bersyukur
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
YA ALLAH, YA FATTAHU YA `ALIM.
YA ROZAQ, YA GHOFFARU YA KARIM.
YA RAHMAN, YA RAHIM.
YA MUJIBAS SA`EDIN~
ya, inilah hakikat kehidupan dan ini jugalah yang dinamakan rahmat dan nikmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta`ala. sejurus sahaja Dla melihat result untuk semesta ke-2 tadi, memang tanpa diduga Allah telah memberi hadiah yang sangat istimewa kepada Dla.
sebenarnya, di dalam hati ini terselit perasaan malu yang teramat menyelubungi diri ini kerana dosa yang terlalu banyak bertimbun yang telah dilakukan oleh anggota tubuh ini. malu juga terhadap pencipta diri ini yang serba kerdil lagi hina ini.
syukur.....ALHAMDULILLAH~ kupanjatkan ke atas segala limpah kurniaan-Mu kepadaku, ya Rabbal `izzati.
ya Allah, sesungguhnya Engkau juga sudah mengetahui setiap patah perkataan yang bakal dicoretkan ke dalam karyaku ini.
ALHAMDULILLAH(44x)
nikmat dunia daripada-Mu amat ku syukuri..
wallahua`alam. ^___^

Sunday, March 13, 2011
sakaratul maut
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.
Assalammualaikum. Hai~
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...Semoga kita
insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...
ceritanya begini;
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa yang berada di sekelilingku. Aku teras dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap~ Asyhaduallailahaillallah..." ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. insan yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, insan yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, insan yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati
suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah... Tapi mataku, semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup-sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.
Ketika itu, aku tidak dapat mengingati apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas......". tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani kerana itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk
kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya....."
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda??? "Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang
yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari
lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya......jijik, loya, aku rasa...... teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?". "Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini" "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalan kejimu.......". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuklah!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat, sakit!!! !Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu..... malu..... malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.
Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?T olong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.
Beberapa tangan memegangku,dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar...".
Sayup-sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan...... aku kini keseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!"
SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
wallahua`alam.^_^
mesej; semoga kita mendapat husnul khatimah dan bukan su'ul khatimah. amin ya rabbal`alameeen.

Eheehehe.. jom! kenal sedikit perwatakan Dla melalui kajian Ustaz Dato' Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
kemudian~
alaa.. takutnya anak sikit. =( xpe2 insya-Allah, banyaklah. Amiiinnn.^_^
wallahua`alam.

Saturday, March 12, 2011
Sekadar Lelaki Biasa-Feelhoney.mp4
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
CUBALAH DENGAR LAGU NI..^___^
BEST~ Dla suka..
Sekadar Lelaki Biasa
Album :
Munsyid : Feelhoney
http://liriknasyid.com
Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan
Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan
Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati
Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...
Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa
Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya
wallahua`alam.
CUBALAH DENGAR LAGU NI..^___^
BEST~ Dla suka..
Sekadar Lelaki Biasa
Album :
Munsyid : Feelhoney
http://liriknasyid.com
Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan
Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan
Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati
Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...
Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa
Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya
wallahua`alam.
Feelhoney - Sekadar Lelaki Biasa
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
CUBALAH DENGAR LAGU NI..^___^
BEST~ Dla suka.tapi yang ni lain sikit dengan yang kat atas. lebih kurang macam "acarpella"
Sekadar Lelaki Biasa
Album :
Munsyid : Feelhoney
http://liriknasyid.com
Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan
Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan
Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati
Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...
Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa
Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya
wallahua`alam.
mesej; cinta x semestinya dimiliki tapi cukup sekadar doa untuk kebahagiaan dirinya.

Adab Mendengar Azan
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
^______^ = SENYUMAN YANG TERSANGAT LEBAR INI UNTUK KAMU, TEMAN BLOGGER DKDKDS. hehe
mari luangkan sedikit masa untuk membaca post Dla kali ini iaitu Adab Mendengar Azan; ALLAAHU AKBAR ALLAAAAAHU AKBAR!
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? MENGAPA!?!?!?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. Muhammadur Rasulullah." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. Muhammadur Rasulullah." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbalalamin.."
wallahua`alam. ^__^

suri rumahtangga
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
ya3x~ hari ni nak bercerita sedikit tentang hidup saya dalam cuti semesta pendek yang bakal berakhir nih dan segala-galanya beraksi di rumah saya yang tak berapa jauh dari CFS IIUM, NILAI, tempat pengajian asasi saya yang sangat saya rindui. saya merinduinya kerana di situ tempat saya menuntut ilmu, serta menggali sebanyak-banyaknya dan sedalam-dalamnya untuk mencari ilmu pengetahuan yang belum tentu akan habis ditelan zaman. hatta, sehingga kita berada di dalam liang lahad pun ilmu tetap terus mengalir di seluruh alam semesta seperti kebiasaannya atau seperti keluarbiasaannya(barangkali).
aiyo~~~ sudah lari tajuk maaa
saya tahu apabila tamat sahaja cuti yang pendek ni, short sem yang mencabar akan datang menduga. keadaan pembelajaran yang tidak dijangka sama ada baik ataupun buruk / elok ataupun teruk dan pelbagai lagi andaian, PASTI akan menegangkan saraf2 otak insan yang bergelar SANG PENIMBA ILMU. satu persoalan yang teramat saya ingin tanyakan kepada kalian, adakah saraf2 otak akan terputus jika seseorang pelajar dalam keadaan yang terlampau tertekan sehingga mahu menelan air petrol yang sepatutnya diisi ke dalam tangki kenderaan bermotor hanya semata-mata menghadapi situasi penggalian ilmu di institut pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta yang terpisah jauh dengan keluarga tercinta? dan apakah hujah anda untuk jawapan ya atau tidak? anda ada 59.9999999 saat untuk ini.
baiklah, saya telah meninggalkan satu soalan kepada anda. jadi, eloklah saya teruskan dengan agenda peng'post'an saya pada hari ini yang bertajuk "suri rumahtangga."
oh, yeah!!! ingat senangkah nak jadi wanita yang hanya bekerja sebagai pembantu peribadi suami dan anak2 atau lebih dikenali dengan "nama manja"nya yakni suri rumahtangga. hahahahah???
saya memang tabik SPRING laaaa pada wanita2 yang bergelar isteri dan ibu yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada suami dan anak2 nih!
kerana tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka bukan calang2 tau~~~ penatnya MASYA-ALLAH~ mengalahkan menolak anak gajah yang dilahirkan di ZOO NEGARA. BETUL!!!!! SERIUS!!!!!
sekarang nih kalau kamu tak percaya tak mengapa. ayuh, kita baca senarai tugasan bagi pembantu peribadi suami dan anak2 ini;
1. selepas subuh, MESTI menyiapkan sarapan untuk suami dan anak2.
2. selepas sarapan, MESTI basuh pinggan mangkuk yang dah digunakan semasa sarapan tadi. (kalau suami dan anak2 tolong barulah ringan sikit tugasan ni).
3. menyapu dalam rumah dan halaman rumah. (kalau ada vakum, kurang sedikit lelah~)
4. siram pokok bunga (kalau ada air pancut khas, kan bagus~)
5. tepat sahaja pukul 11 pagi, memasak pula untuk si suami tercinta dan cahaya2 kesayangan. sudah tentulah hendak yang sedap sahaja. kalau boleh meja seluas panjang x lebar = 5meter x 2meter mesti kena penuh dengan hidangan tengahari. maklumlah, masing2 kuat makan. lauk-pauk pula sudahnya disediakan sehingga 5-6 jenis. air minumannya pula jus semata-mata. wah~~~ dahsyat kOt.. bertambah longlailah si pembantu peribadi tu.. =( kasihan..
6. selepas makan tengahari, hal ehwal pinggan mangkuk di sinki diusaikan dengan kuat sekali. kasi sental sampai licin berkilat. (tapi bagus juga kalau masing2 sudah makan, basuh pinggan sendiri. tidaklah memenatkan orang lain @ ibu sendiri. betul x?)
7. lepas asar, sediakan minum petang. kalau yang rajin, siap buat kuih-muih lagi. (beli je..kan senang) hehe kaya2.
8. sebelum maghrib pula sediakan makan malam. pastinya inginkan lauk yang berbeza, bukan? kalau sayalah, saya panaskan saja lauk-pauk tengahari tadi. mestilah tak habis lagi, kan. so, takkan nak membazir pula.
9. solat `isya' berjemaah bersama suami dan anak2 tercinta. mengaji Quran kemudian saling memberi peringatan kepada suami dan anak2 macam tazkirah la juga.
10. kemudian, waktu2 yang terluang di bahagikan untuk melayan karenah suami dan anak2. inilah yang dinamakan mahabbah/kasih sayang. perlu prihatin terhadap segala yang dilakukan agar suami dan anak2 sentiasa selesa dan puas dengan apa yang diberi oleh si pembantu peribadi ini.
11. lewat pukul 11 malam, dia akan memastikan anak2 sentiasa dalam keadaan yang tenang dalam tidurnya. (mendodoi kot...)
12. kemudian, tanggungjawab terhadap suami pula sama ada zahir ataupun batin. aik! tak kan nak kena dodoi macam si anak tadi? hahaha yang ni, faham2lah, ya.
13. tidur si pembantu peribadi yang bergelar ibu dalam keadaan yang amat meletihkan dan melesukan. huuuu~~~
hmmm..... apa yang dapat disimpulkan adalah tugas seorang suri rumahtangga teramatlah memenatkan. ya, benar! saya pernah melaluinya WALAUPUN SAYA BELUM BERKAHWIN, SAYA SUDAHPUN MELAKUKAN TUGAS2 SEORANG IBU YANG HANYA MERUPAKAN SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA. oooohhhh~~~~ sangat44x memenatkan. =(
saya tulis ni bukannya bertujuan untuk bersungut ataupun apa. tetapi hanya mahu bercerita sahaja. memang ada kebenarannya dan sudah pasti ada juga kekurangngan di setiap patah kata yang ditaip dengan jari-jemari yang penuh tekun ini.
pengajarannya adalah kasih sayang seorang ibu (tak kisahlah dia suri rumahtangga atau bukan) memang tiada tolok bandingnya dengan insan lain.
akhir kalam dari saya, wallahua`alam.

Sunday, March 6, 2011
5 PERKARA ELOK DISEBUT
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM..
ASSALAMUA`ALAIKUM.^_^
saya ingin berkongsi lagi hari ni, tentang 5 PERKARA yang ELOK DISEBUT dalam kehidupan sebagai seorang muslim dan mu'min di muka bumi ALLAH ini. baca, ya~ =)
Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4.Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5.Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
selamat beramal, ya. ^__^
wallahua`alam..

SURAT CINTA utk CALON SUAMIKU
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM..
DLA NAK BEROMANTIS SIKIT untuk MENGUSIK JIWA KAMU.^__^
dapat isinya tak? pastilah dapat~ insya-Allah..=)
WALLAHUA`ALAM..

Saturday, March 5, 2011
SURAT SEORANG REMAJA
>BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM..
ASSALAMU`ALAIKUM.^__^
ada perkara yang nak dikongsi lagi nih. hehe
SURAT SEORANG REMAJA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO' SERI NAJIB.
baca, ya. walaupun panjang~ =D
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.
DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?
PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?
IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?
JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?
KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.
SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?
REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.
p/s: asSalam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

design baju dorm
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
YA~ kepada dormmates ku semua, inilah design baju t-shirt dorm kita.^__^
suka tak??? hehehe
kat fb tuh, semua komen suka. syukur sangat3x. alhamdulillah... harapnya menjadilah apa yang dirancang ni, ya..doa2xkanlah..
Dla suka sangat~ comel + cantik + lawa + jamil + terbaik
hehe

7 Jenis wajah mayat di dalam kubur
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
ASSALAMU`ALAIKUM..^__^
seronok rasanya kalau ilmu pengetahuan tentang uhkrawi dapat dikongsikan bersama dengan kamu semua. hayatilah ia dengan hati yang terbuka, insya-Allah..=)
7 Jenis wajah mayat di dalam kubur;
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. syirik ini jangan dibuat mainan, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka teramatlah pedih. Kalau nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka, cubalah cucuh hujung jari dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? NA`UDZUBILLAHI MIN DZALIK.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri, merompak, melesapkan duit kawan, dan sebagainya.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai .
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
semoga kita menjadi mayat yang ke-7, ya. iansya-ALLAH..AMIIIINNN^___^

Subscribe to:
Posts (Atom)