Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Wednesday, March 30, 2011

wanita pilihan...

BISMILLAHIR RAHMAIR RAHIM...

ASSALAMU`ALAIKUM..^___^

Khas buat yang bergelar muslimah, mukminah solehah. ^__^

"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."

Apa ertinya? ok, mari kita teliti satu persatu;
*Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
*Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
*Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersonakan.
*Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah (ini kena cari nih), subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat yang ke 31:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wanita kerana senyuman,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi..

bingkisan ini buat diriku dan teman2 :)

wallahua`alam... ^__^
semoga kita menjadi insan yang sentiasa di dalam redha ALLAH SUBHANAHU WA TA`ALA. AMIIIN~~~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Please, enjoy these songs! ^_^