BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
ya3x~ hari ni nak bercerita sedikit tentang hidup saya dalam cuti semesta pendek yang bakal berakhir nih dan segala-galanya beraksi di rumah saya yang tak berapa jauh dari CFS IIUM, NILAI, tempat pengajian asasi saya yang sangat saya rindui. saya merinduinya kerana di situ tempat saya menuntut ilmu, serta menggali sebanyak-banyaknya dan sedalam-dalamnya untuk mencari ilmu pengetahuan yang belum tentu akan habis ditelan zaman. hatta, sehingga kita berada di dalam liang lahad pun ilmu tetap terus mengalir di seluruh alam semesta seperti kebiasaannya atau seperti keluarbiasaannya(barangkali).
aiyo~~~ sudah lari tajuk maaa
saya tahu apabila tamat sahaja cuti yang pendek ni, short sem yang mencabar akan datang menduga. keadaan pembelajaran yang tidak dijangka sama ada baik ataupun buruk / elok ataupun teruk dan pelbagai lagi andaian, PASTI akan menegangkan saraf2 otak insan yang bergelar SANG PENIMBA ILMU. satu persoalan yang teramat saya ingin tanyakan kepada kalian, adakah saraf2 otak akan terputus jika seseorang pelajar dalam keadaan yang terlampau tertekan sehingga mahu menelan air petrol yang sepatutnya diisi ke dalam tangki kenderaan bermotor hanya semata-mata menghadapi situasi penggalian ilmu di institut pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta yang terpisah jauh dengan keluarga tercinta? dan apakah hujah anda untuk jawapan ya atau tidak? anda ada 59.9999999 saat untuk ini.
baiklah, saya telah meninggalkan satu soalan kepada anda. jadi, eloklah saya teruskan dengan agenda peng'post'an saya pada hari ini yang bertajuk "suri rumahtangga."
oh, yeah!!! ingat senangkah nak jadi wanita yang hanya bekerja sebagai pembantu peribadi suami dan anak2 atau lebih dikenali dengan "nama manja"nya yakni suri rumahtangga. hahahahah???
saya memang tabik SPRING laaaa pada wanita2 yang bergelar isteri dan ibu yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada suami dan anak2 nih!
kerana tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka bukan calang2 tau~~~ penatnya MASYA-ALLAH~ mengalahkan menolak anak gajah yang dilahirkan di ZOO NEGARA. BETUL!!!!! SERIUS!!!!!
sekarang nih kalau kamu tak percaya tak mengapa. ayuh, kita baca senarai tugasan bagi pembantu peribadi suami dan anak2 ini;
1. selepas subuh, MESTI menyiapkan sarapan untuk suami dan anak2.
2. selepas sarapan, MESTI basuh pinggan mangkuk yang dah digunakan semasa sarapan tadi. (kalau suami dan anak2 tolong barulah ringan sikit tugasan ni).
3. menyapu dalam rumah dan halaman rumah. (kalau ada vakum, kurang sedikit lelah~)
4. siram pokok bunga (kalau ada air pancut khas, kan bagus~)
5. tepat sahaja pukul 11 pagi, memasak pula untuk si suami tercinta dan cahaya2 kesayangan. sudah tentulah hendak yang sedap sahaja. kalau boleh meja seluas panjang x lebar = 5meter x 2meter mesti kena penuh dengan hidangan tengahari. maklumlah, masing2 kuat makan. lauk-pauk pula sudahnya disediakan sehingga 5-6 jenis. air minumannya pula jus semata-mata. wah~~~ dahsyat kOt.. bertambah longlailah si pembantu peribadi tu.. =( kasihan..
6. selepas makan tengahari, hal ehwal pinggan mangkuk di sinki diusaikan dengan kuat sekali. kasi sental sampai licin berkilat. (tapi bagus juga kalau masing2 sudah makan, basuh pinggan sendiri. tidaklah memenatkan orang lain @ ibu sendiri. betul x?)
7. lepas asar, sediakan minum petang. kalau yang rajin, siap buat kuih-muih lagi. (beli je..kan senang) hehe kaya2.
8. sebelum maghrib pula sediakan makan malam. pastinya inginkan lauk yang berbeza, bukan? kalau sayalah, saya panaskan saja lauk-pauk tengahari tadi. mestilah tak habis lagi, kan. so, takkan nak membazir pula.
9. solat `isya' berjemaah bersama suami dan anak2 tercinta. mengaji Quran kemudian saling memberi peringatan kepada suami dan anak2 macam tazkirah la juga.
10. kemudian, waktu2 yang terluang di bahagikan untuk melayan karenah suami dan anak2. inilah yang dinamakan mahabbah/kasih sayang. perlu prihatin terhadap segala yang dilakukan agar suami dan anak2 sentiasa selesa dan puas dengan apa yang diberi oleh si pembantu peribadi ini.
11. lewat pukul 11 malam, dia akan memastikan anak2 sentiasa dalam keadaan yang tenang dalam tidurnya. (mendodoi kot...)
12. kemudian, tanggungjawab terhadap suami pula sama ada zahir ataupun batin. aik! tak kan nak kena dodoi macam si anak tadi? hahaha yang ni, faham2lah, ya.
13. tidur si pembantu peribadi yang bergelar ibu dalam keadaan yang amat meletihkan dan melesukan. huuuu~~~
hmmm..... apa yang dapat disimpulkan adalah tugas seorang suri rumahtangga teramatlah memenatkan. ya, benar! saya pernah melaluinya WALAUPUN SAYA BELUM BERKAHWIN, SAYA SUDAHPUN MELAKUKAN TUGAS2 SEORANG IBU YANG HANYA MERUPAKAN SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA. oooohhhh~~~~ sangat44x memenatkan. =(
saya tulis ni bukannya bertujuan untuk bersungut ataupun apa. tetapi hanya mahu bercerita sahaja. memang ada kebenarannya dan sudah pasti ada juga kekurangngan di setiap patah kata yang ditaip dengan jari-jemari yang penuh tekun ini.
pengajarannya adalah kasih sayang seorang ibu (tak kisahlah dia suri rumahtangga atau bukan) memang tiada tolok bandingnya dengan insan lain.
akhir kalam dari saya, wallahua`alam.
AKU berAZAM untuk lebih berMOTIVASI, berFIKIRAN TERBUKA dan lebih MATANG agar aku sentiasa berSEDIA mengHADAPI segala KEMUNGKINAN yang bakal menDATANG dalam KEHIDUPAN yang penuh PANCAROBA ini...insya-Allah...^_^ YA ALLAH, HANYA PADAMU KUPINTA PERTOLONGAN dan HANYA PADA-MU jugalah AKU BERSERAH. AMiN~
Ingatlah~~~
mulakan dengan _____
jom solat =D
ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?
- ADILAH MAT SAPAR
- Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
- Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^
Saturday, March 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment