BISMILLAH...
SALAM CERIA UNTUK SEMUA TEMAN DKDKdS..=D
kali ni Dla nak sambung semula cerita yang belum disambung lagi.
sedang asyik bersiar-siar di sekitar KLCC, terpana Dla apabila melihat gelombang tinggi melonjak ke udara. ah, sungguh dahsyat!!!
dan kini Dla diibaratkan seperti nyawa2 ikan. ombak besar yang tiba2 melanda KL sudah berada di paras leher Dla manakala kaki Dla terkapai-kapai di bahagian bawah air. perasaan takut menyelubungi diri kerana Dla tidak pandai berenang.
kemudian digambarkan pula pada masa yang sama kelihatan MENARA KLCC tu hanya suku ke atas sahaja lagi bakal tenggelam dengan ombak besar itu.
dalam view yang lain, ombak besar sedang menganga melebihi ketinggian pokok kelapa di satu pantai yang tak dapat dikenalpasti.
dengan menggunakan segala kudrat yang ada, Dla mencari-cari aini. bayangnya langsung tidak kelihatan. sudah 'pergi'kah dia??? sesak nafas Dla menahan dan melawan arus yang teramatlah berat. YA ALLAH PADAMU KUSERAH SEGALANYA. bertawakkal Dla di dalam hati pohon ditemukan dengan aini sekali lagi.
dengan izin ALLAH, air surut serta-merta.
di satu sudut Dla ternampak aini sedang berdiri kaku. ALHAMDULILLAH hidup lagi kau, sahabatku.
Dla terus mendapatkan aini, risau pula kalau tiba2 dia pengsan. teliti dia melihat aini. dia nampaknya seperti mayat yang hidup, pucat lesi, lemah-longlai tetapi masih bernafas. dengan menggunakan sisa2 kudrat yang ada, segera Dla mendukung aini pulang ke rumah Dla.
sebaik sahaja sampai di kampung, Dla terdengar perbualan orang2 kampung yang sedang berusaha mencari kawasan paling selamat untuk mengelakkan diri daripada tsunami tersebut.
antara dialognya: "kamu semua! kita mesti mencari tempat yang paling tinggi dan selamat!"
terlintas difikiran Dla, tempat paling selamat!?!?!? ada lagikah tempat yang paling selamat!? pada saat ini sudah tiada lagi masa untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat. melainkan dengan hanya sujud kepada ALLAH dan memohon perlindungan daripada-Nya.
selepas itu, Dla membawa aini ke tingkat atas rumah. kasihan sungguh. dia tenat. mungkin terlalu banyak tertelan air semasa sedang bergelut dengan tsunami di KLCC tadi.
Dla berusaha untuk menyembuhkan aini. sayang sangat padanya. Dla melakukan CPR, pernafasan dari mulut ke mulut yang merupakan salah satu cara menyelamatkan mangsa yang lemas.
aini terbatuk-batuk kecil berusaha mengeluarkan air dari kerongkongnya itu. syukur..
kerana dia masih boleh bernafas dengan normal sekarang.
Dla memberi minum air yassin kepada aini. dengan harapan cepat sembuhlah dia.
Dla membersihkan diri untuk bersiap-siap solat sunat DHUHA. pohon dikuatkan semula aini yang kelihatan kurang bermaya itu.
usai solat, Dla menjenguk aini yang berbaring di sisi dinding yang terdapat tingkap di atasnya. dia kelihatan lemah dan kami langsung tidak berbual. pada Dla biarlah dia berehat.
kini sudah masuk waktu zohor, segera Dla menunaikan amanah tersebut. takut tidak sempat melaksanakannya. takbir diangkat dengan penuh khusyuk. hanya ALLAH fokus utama. kemudian Dla melamakan sujud yang terakhir. meminta agar diselamatkan aini dari sebarang kesakitan. dan sebenarnya amat berharap agar dia tidak meninggalkan Dla keseorangan.
Dla amat sedih kerana semua ahli keluarga Dla sudah 'pergi'. mereka hanyut dalam arus deras yang menyerang kampung tanpa diduga itu. tapi Dla redha dengan segala yang berlaku.
salam dilafazkan sebagai penamat solat zohor. selesai berdoa. Dla mempercepatkan langkah untuk melihat keadaan aini. susah untuk dikatakan sahabat tercinta sudah pergi meninggalkan Dla untuk selamanya.
sebenarnya sewaktu dalam sujud yang lama tadi tsunami menyerang sekali lagi. tapi kali ni lebih dahsyat. dan pada saat itulah aini 'pergi' tanpa sebarang khabar terakhir. menitis air mata Dla. redha diri ini dengan pemergianmu wahai sahabatku.
tapi Dla lega kerana terpancar cahaya diwajahnya dan senyuman yang amat manis ditinggalkan untuk Dla.
kemudian Dla melihat-lihat keadaan di luar rumah. tingkap yang tidak bercermin terbuka luas menampakkan tsunami yang hanya lalu sahaja di kawasan halaman rumah Dla. YA ALLAH! terperanjat Dla melihat situasi itu.
SUBHANALLAH!!!
SETITIS AIR PUN TIDAK LANGSUNG MEMASUKI BAHAGIAN DALAM RUMAH WALAUPUN TINGKAP DIBUKA LUAS.
pada waktu Dla sujud mengagungkan ALLAH YANG MAHA KUASA.
TSUNAMI DALAM MIMPI MENJADI SERIBU PERSOALAN SELEPAS HARI SELASA ITU.
WALLAHUA`ALAM.
WASSALAM =D
AKU berAZAM untuk lebih berMOTIVASI, berFIKIRAN TERBUKA dan lebih MATANG agar aku sentiasa berSEDIA mengHADAPI segala KEMUNGKINAN yang bakal menDATANG dalam KEHIDUPAN yang penuh PANCAROBA ini...insya-Allah...^_^ YA ALLAH, HANYA PADAMU KUPINTA PERTOLONGAN dan HANYA PADA-MU jugalah AKU BERSERAH. AMiN~
Ingatlah~~~
mulakan dengan _____
jom solat =D
ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?
- ADILAH MAT SAPAR
- Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
- Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^
Saturday, December 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment