Jadilah hamba yang bersyukur.^__^

Apa jua yang ada dalam hidup ini, hanyalah pinjaman semata-mata. maka, nikmatilah ia dengan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t. jangan pula kita menjadi hamba yang kufur dengan nikmat yang telah dikurnia, kerana kelak akan membawa binasa kepada diri sendiri. sesungguhnya Allah tidak akan menambahkan nikmat kepada insan yang tidak bersyukur kepada-Nya.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.

Dalam satu hadis, apabila ditanya oleh Aisyah r.a, mengapa Baginda beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepada TUHAN YANG PEMURAH..^__^
ALHAMDULILLAH~~~ selesai sudah..hehe
wallahua`alam..=D
No comments:
Post a Comment