BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...
Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru sahaja bertemu. lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan pun bertanya,"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesiannya... aku pula dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal ko tak pergi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah, aku dah buat dah!In fact, masa aku mati tu, aku in recovery la... Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.." balas Hantu B.
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So, this one
day, aku ingat nak perangkaplah dia dengan cara aku pura-pura gi keje
tapi actually aku parking kereta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku
rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki kat pintu rumah aku. Aku tanye isteri aku tapi die tak nak jawab. So, aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tuh. A
Habis semua bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari mencari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak
sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan
kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat
situ, sure kita berdua still hidup lagi. Bongok betul laa kau!"
hahaha... korang dapat tak moral daripada cerita ini? fikir-fikirkanlah, ya..^__^
wallahua`alam~
AKU berAZAM untuk lebih berMOTIVASI, berFIKIRAN TERBUKA dan lebih MATANG agar aku sentiasa berSEDIA mengHADAPI segala KEMUNGKINAN yang bakal menDATANG dalam KEHIDUPAN yang penuh PANCAROBA ini...insya-Allah...^_^ YA ALLAH, HANYA PADAMU KUPINTA PERTOLONGAN dan HANYA PADA-MU jugalah AKU BERSERAH. AMiN~
Ingatlah~~~
mulakan dengan _____
jom solat =D
ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?
- ADILAH MAT SAPAR
- Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
- Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^
Wednesday, April 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment