Powered By Blogger

Ingatlah~~~

mulakan dengan _____

mulakan dengan _____

jom solat =D

jom solat =D
ia bermula dari wudu` yang sempurna

dah masuk waktu!!!!! jom la solat~ ^_^

ingin mengenali Pemilik Tinta Dari Hati iammukminah?

My photo
Kg. Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor, Malaysia
Dla merupakan anak bongsu daripada 5orang adik-beradik. Kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya suka sangat ketawa. Boleh berborak dengan sesiapa saja. Lagi2 kalau dengan kawan rapat. mudah mengenali & memahami hati budi seseorang. seorang yang tenang serta penyayang malah suka bersahabat*_*. sangat2 menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja. ^_^

Tuesday, May 17, 2011

bila duduk bersendirian

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

bila duduk bersendirian menghadap buku dan pena terselit di jemari, hati ini mula merindui para sahabat, teman, dan kawan nun jauh di sana, entah di mana??? mereka begitu berani membawa haluan tersendiri untuk kehidupan di masa depan. aku terfikir sejenak. bagaimana pula dengan diriku ini?

bila duduk bersendirian merenung ibubapaku dari jauh, aku mula menghitung, dan membilang usia orang tuaku. bagaimanalah keadaanku jika mereka berdua sudah tiada? ya ALLAH~ kuatkah aku pada waktu itu?

bila duduk bersendirian melihat pelbagai hiburan dan kekejaman, akal ini berputar ligat, berfikir tentang pelbagai 'acara'. yakni 'agenda' dunia fana yang semakin dimamah usia tuanya. sampai bila manusia ingin alpa dengan duniawi?

bila duduk bersendirian membaca buku sirah, aku terkenang kisah Rasul Junjungan Allah yang teramatlah banyak mahmudahnya. baginda memang seorang insan yang begitu hebat dan mulia di sisi Allah. tapi bagaimana pula dengan kita? kita muliakah di pandangan Allah Yang Kuasa?(tepuk dada tanyalah iman)

bila duduk bersendirian melihat alam, aku senang membayangkan segala ciptaan Tuhan Yang Esa. sungguh tenang dan damai sekali. terkadang itu, aku memuji-Nya, "SUBHANALLAH". kemudian aku bertahmid kepada-Nya, "ALHAMDULILLAH". selepas itu, aku bertakbir kepada-Nya, "ALLAHU AKBAR". tetapi aku bertanya kepada diriku yang serba hina ini, sudah langsaikah hutangku kepada Pencipta-ku? (tepuk dada sekali lagi, tanyalah iman sekali lagi)

wallahua`alam...^__^

mesej; bila duduk sendirian di hadapan laptop; kelopak mata bertanya kepada biji mata, bilakah engkau mahu tidur?

Wednesday, May 11, 2011

7 Larangan Allah S.W.T

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...



Antara banyak-banyak larangan Allah S.W.T kepada umat islam, hanya 7 yang sempat saya cari.. Semuanya sudah jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Iaitu 1) Bahaya Pandang Memandang. 2) Bertemu Muka Sendirian [Muslimah]. 3) Berjabat Tangan [Bukan Muhrim]. 4) Pakaian Di Luar Rumah. 5) Adab Bermusafir. 6) Hak Pendidikan. dan 7) Larangan Menunjukkan Perhiasan.

Moga artikel ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya... Wassalam.

1) Bahaya Pandang Memandang;
"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka......"(Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
kepada Saidina Ali r.a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

2) Bertemu Muka Sendirian;
Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan."(Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram." (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah r.a.).

3) Berjabat Tangan;
Aisyah r.a. berkata: "Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at @ memujuk mereka itu dengan percakapan." (Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).

4) Pakaian Di Luar Rumah;
Firman Allah yang ertinya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

5) Adab Bermusafir;
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya."(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)

6) Hak Pendidikan; Kata Abu Said r.a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau, agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).".

Maka Rasulullah s.a.w.bersabda: "Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini." (Riwayat Imam Bukhari)

7) Larangan Menunjukkan Perhiasan;
Firman Allah S.W.T.: "Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka."(Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

ayuh!!! ingatlah segala perintah Allah s.w.t. nescaya, bercahayalah kehidupan kita di dunia ini.. ^__^

wallahua`alam...

Tuesday, May 10, 2011

kekuatan diri

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Alhamdulillah~~~ setelah diri ini bermuhasabah diri mengenai kes kecurian yang telah terjadi pada diri ini, Dla dapat rasakan sesungguhnya apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya.

tidak putus2 bibir ini melafazkan syukur kepada ALLAH TUHAN YANG MAHA KUAT. sesungguhnya hanya Dialah yang telah memberi Dla kekuatan untuk terus kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sementara ini.

memang pada awalnya, perasaan amarah menyelubungi diri tetapi syukur yang amat, rasional dan kesabaran menguasai segala2nya. sesungguhnya Allah lah yang menguatkan diri ini supaya lebih tabah..

tidak mungkin Dla akan lupakan sokongan moral daripada keluarga tersayang dan para sahabat yang sentiasa bersama samada dalam susah ataupun senang.

syukur... diri ini masih sedar bahawasanya duit itu sekadar pinjaman dunia semata.
segala nikmat pasti akan ditarik kembali oleh Pemiliknya yang Maha Berhak.

daripada Dla mengungkit tragedi trauma tu, lebih baik Dla kenang kembali kesilapan yang pernah Dla lakukan dulu.

ya Allah~~~ sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau telah menduga hamba-Mu ini, agar tidak lalai dan leka dengan duniawi semata2.

dan sejujurnya, dengan keizinan dari Rabbul `izzati Dla dah halalkan duit yang dicuri itu kepada si pencuri berkenaan.^__^


WALLAHUA`ALAM...

mesej; percaya tak??? Dla dah dianiaya oleh kawan sendiri...SABAR JE LAH~~~

Firman Allah Ta`ala; "إنّ الله مع الصابرين" maksudnya; sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar. dan
Rasulullah bersabda; "الصبر من الأيمان" yang bermaksud; kesabaran itu sebahagian daripada iman.

faedah berdiam diri

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Assalamualaikum,

Renungan~

> Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara yang tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.

Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM;

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib



Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

1. "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

2. "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

3. "Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA
CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Diam bukan bermakna sombong! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahua`alam...^__^

mesej; saya seorang yang pendiam tapi suka ketawa~ hehe =)

sedekah

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

amalan bersedekah amatlah dituntut dalam Islam seperti yang tercatat dalam koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya Matan Arba'in;

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

wallahua`alam...

mesej; jom bersedekah selalu~~~ ^__^

Monday, May 9, 2011

ibuku syurgaku

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...



Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim


Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.


Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.


oleh Imam Nasa'i dan Thabrani dengan sanad hasan, yaitu kisah seseorang yang datang menghadap Rasulullah S.A.W seraya meminta izin untuk ikut berjihad bersama Baginda S.A.W, maka beliau bertanya, Adakah engkau masih mempunyai ibu? Orang itu menjawab, Ya, masih. Beliaupun kemudian bersabda,

فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Bersungguh-sungguhlah dalam berbakti kepada ibumu, karena sesungguhnya surga itu berada di bawah kedua kakinya.


wallahua`alam...^__^

Sunday, May 8, 2011

selamat hari lahir

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...


huhu teringin sangat nak makan kek hari lahir macam kecik2 dulu..=')


الحمد لله ربّ العالمين


syukur2x~~ sampai hari ini Dla masih bernafas dan bernyawa; yang penting bernafas dan bernyawa dalam keimanan ISLAM... sesungguhnya itu pinjaman yang amat berharga daripada-Mu, ya Allah...

ya, sungguh Dla tak sangka, sudah 19 tahun pelayaran Dla di bumi Allah ini..
terima kasih kepada mak yang telah melahirkan anakmu yang insya-Allah akan membahgiakan dirimu suatu hari nanti. terima kasih juga kepada abah yang sangat hebat mendidik Dla dari kecil sampailah sekarang. SAYANG KAMU SELALU..^__^

seronok juga tadi layan kek bezday ngan budak dorm baru..^__^ ya, memang dah lama sangat tak makan kek bezday.. huhuhuuu terharu bila ada kawan belikan untuk bezday party... TERIMA KASIH KAWAN..=')

OK laaa... WALLAHUA`ALAM..^___^

mesej; ada lagi 2paper final exam yang perlu diambil pada hari rabu nanti.. doakan saya, ya..^__^

Saturday, May 7, 2011

sahabatku mahirah

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

hebat sungguh sahabat Dla yang seorang nih; Mahirah binti Mahmud. dia merupakan student ISLAMIC REVEALED KHOWLEDGE.

tengoklah video ni..ehehhh


Sem3 2010/2011

wallahua`alam..

mesej; petah sungguh mahirah berbahasa arab mengalahkan orang arab...^__^

Thursday, May 5, 2011

anak buahku, si `alim

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...



ahaa.... si `alim ni namanya MUHAMMAD SYAKIR ZUFAIRI BIN SHAIFUL BIN MAT SAPAR.

comel an3x~~ eheee... ni masa umur dia 1 tahun lebih. hebat sungguh si kecil ni.. kalaulah semua anak macam dia, kan bagus!

wallahua`alam..

mesej; sekarang umurnya dah 2 tahun lebih dah... bercita-cita untuk menjadi IMAM MUDA.. ^__^

esok dah final exam~

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

ASSALAMU`ALAIKUM~~~ ^__^

emm, esok dah final exam untuk مهارة الكلام (kemahiran bercakap).

of course, la dalam bahasa arab..hahaha أحب اللغة العربية للغاية ^__^

DOA-DOAKANLAH DLA DAPAT JAWAB SEMUA SOALAN DENGAN MUDAH, YA. ^__^ risau juga kalau tergugup dan tergagap masa bercakap nanti.

ok. please pray ALLAH for me, yeah~~~ =')

wallahua`alam...

mesej; terima kasih sebab doakan saya..^__^'

Wednesday, May 4, 2011

Bila al-Quran Berbicara

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA.

Waktu engkau masih kanak-kanak;
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau...

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau, engkau abaikan dan engkau lupakan diriku...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau sentiasa mengingati Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajarilah Aku sekali lagi....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

wallahua`alam~^__^

mesej; sesungguhnya AL-QURAN itu memberi cahaya yang sangat menakjubkan dalam kehidupan seharian samada kita sedar ataupun tidak.=)

Please, enjoy these songs! ^_^